DASAR KESELAMATAN  
 

Notis Perlindungan Data

 
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai "Akta"), yang mengawal pemprosesan data peribadi berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Notis bertulis ini bertindak untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa data peribadinya sedang diproses oleh JPN dan data tersebut dikumpul bagi kegunaan pada masa yang akan datang.
 
   
Secara am, data peribadi pengguna yang diproses oleh JPN dalam laman web gantian MyKad ini akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang berikut:-  
   
a) Prosedur pendaftaran;  
b) Prosedur permohonan dan bayaran;  
c) Menghubungi pengguna untuk sebarang  maklum balas transaksi, kajian atau menjalankan tinjauan dalaman serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan;  
d)Menunaikan obligasi yang dikehendaki di bawah undang-undang yang berkaitan, membantu dalam mana-mana penyiasatan kerajaan atau pihak polis dan/atau mendapatkan nasihat perundangan.  
 
Teknologi terkini termasuk data encryption akan digunakan untuk melindungi data yang dimasukkan oleh pengguna dan sebagai pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat mengikut garis panduan keselamatan ICT Kerajaan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
 
 
Akses kepada informasi pengguna adalah terhad kepada Pentadbir sistem gantian MyKad, dan pekerja yang perlu menjalankan fungsi kerja mereka, seperti pegawai perkhidmatan pelanggan dan pegawai teknikal yang dilantik JPN.
 
 
JPN sentiasa berusaha memastikan sistem sentiasa selamat dan data pengguna dilindungi.  Bagaimanapun, atas segala usaha yang dilaksanakan, JPN tidak dapat menjamin bahawa informasi pengguna mungkin tidak akan diakses, didedahkan, diubah atau dimusnahkan oleh sebarang penjaga keselamatan fizikal, teknikal atau pengurusan.
 
 

Keselamatan Storan

 
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang dicadangkan kepada JPN.