DASAR PRIVASI  
 
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Dengan menggunakan atau mengakses laman web ini, pengguna telah menerima pengamalan yang dihuraikan dalam dasar privasi ini.
 
   
Sebarang transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
 
 

Maklumat Yang Dikumpul

 
Maklumat iaitu nombor MyKad, nama, alamat, nombor telefon bimbit, alamat emel,jenis penggantian, pusat kutipan,  dan maklumat bayaran akan dikumpul semasa pengguna mendaftar dan memohon gantian MyKad melalui laman web ini.
 
 
Maklumat yang dikumpul ini akan direkodkan bagi tujuan:  
   
1. Rujukan sekiranya terdapat sebarang aduan dan pertikaian di kemudian hari;  
2. Membekalkan maklumat perkhidmatan kepada Jabatan, sama ada terhadap suatu maklumbalas atau yang  menyusuli suatu pertanyaan maklumbalas;  
   
Nota : Pemohon mesti membekalkan maklumat benar, tepat, terkini dan lengkap tentang dirinya seperti yang diminta semasa proses pendaftaran dan proses permohonan gantian.
 
   

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

 
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Walaubagaimanapun dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web gantian MyKad ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. 
 
 

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di laman web ini. Maklumat pengguna akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan, dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.