SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN LAMAN WEB GANTIAN MYKAD ATAS TALIAN
 
 

Pengakuan dan Syarat-Syarat Penggunaan

 
Laman web gantian MyKad ini dimiliki oleh  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).  Penggunaan laman web ini adalah mengikut dasar privasi yang dinyatakan di DASAR PRIVASI laman web sistem ini.
 
   
PENGGUNA DIMINTA  UNTUK MEMBACA SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN LAMAN WEB GANTIAN MYKAD ATAS TALIAN INI DENGAN TELITI. Penggunaan berterusan di laman web ini melambangkan persetujuan pengguna terhadap semua syarat-syarat yang ditetapkan di laman web sistem ini dan sebarang pindaan lanjutan yang mungkin dilakukan oleh JPN dari masa ke masa.
 
 

Cadangan Pengguna

 
Sistem in dicadang untuk digunakan oleh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sahaja. Kebenaran dan pengawasan daripada ibu bapa, penjaga atau seorang dewasa diwajibkan jika pengguna berusia kurang dari 18 tahun. Tindakan mahkamah akan dikenakan kepada ibu bapa, penjaga atau seorang dewasa yang bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan/perlanggaran kepada dasar privasi, dasar keselamatan dan syarat-syarat penggunaan yang ditetapkan di laman web ini oleh pengguna yang berusia kurang dari 18 tahun.
 
 

Penafian dan Had Tanggungjawab

 
Perkhidmatan yang disediakan dalam laman web ini mungkin mengandungi ralat penaipan dan grafik. JPN berhak pada sebarang masa untuk mengehadkan, menambah, meminda atau mengeluarkan seluruh atau sebahagian syarat dan dasar polisi sedia ada ini.
 
   

Kaedah Bayaran

 
Buat masa ini pembayaran bagi permohonan gantian melalui laman web gantian MyKad terhad kepada pembayaran menggunakan kad kredit sahaja.
 
   

Pemulangan Wang

 
a) Pemulangan wang bagi transaksi berjaya  
Setiap permohonan yang berjaya dilaksanakan secara atas talian akan terus diproses untuk cetakan sebaik sahaja resit dikeluarkan oleh sistem Gantian MyKad. Justeru, tiada pemulangan wang akan dilakukan oleh JPN sekiranya pengguna ingin membatalkan permohonannya. (Contoh: Pengguna telah berjaya memohon gantian MyKad disebabkan kes kehilangan dan resit telah diterima melalui sistem, MyKad yang hilang kemudian telah ditemui semula oleh pemohon. Dalam hal ini, wang yang telah dibayar tidak akan dipulangkan semula kepada pemohon dan; MyKad lama perlu diserahkan kepada JPN semasa proses kutipan MyKad baru.)  
b) Pemulangan wang bagi transaksi tidak berjaya
 
Bagi permohon yang telah membuat pembayaran dan permohonan gantian tidak berjaya dilaksanakan melalui sistem gantian MyKad pada tarikh pembayaran dilakukan, wang akan dipulangkan semula ke dalam akaun pemohon dalam tempoh 10 hari bekerja. Pengguna akan dihubungi melalui telefon atau emel yang didaftarkan bagi memaklumkan perkara tersebut.  
   

Hak Harta Intelek

 
Reka bentuk laman web, teks, grafik pada sistem gantian MyKad ini adalah milik JPN seluruhnya.  Tiada sebarang kandungan yang boleh disalin, dimuat turun, dipaparkan, dikirimkan, dihantar, digunakan atau dihasilkan semula dalam keseluruhan atau sebahagian, dalam sebarang bentuk atau sebarang alasan untuk sebarang tujuan sebelum mendapat persetujuan daripada JPN terlebih dahulu.
 
 

Penyelesaian Pertikaian

 
Sebarang pertikaian, tuntutan atau kontroversi yang timbul atau yang berkaitan dengan penggunaan sistem ini, yang mana tidak dapat diselesaikan secara melalui perundingan akan dirujuk dan diselesaikan dengan perantara yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia.  
 

Kepatuhan Penggunaan Menuruti Undang-Undang

 
Penggunaan berterusan sistem di laman web ini adalah bersyarat iaitu setelah pengguna mematuhi semua peraturan dan syarat-syarat yang dikenakan berkenaan peranan dan tanggungjawab pengguna ke atas perkhidmatan ini dan sebarang aktiviti yang berkaitan. Pengguna  juga menjamin bahawa beliau  tidak akan menggunakan laman web ini untuk sebarang tujuan yang tidak menuruti undang-undang atau dilarang oleh undang-undang atau oleh syarat-syarat, keadaan dan notis yang dinyatakan pada laman web Gantian MyKad ini. Oleh itu, Pengguna telah bersetuju:
 
 
a)Tidak akan memuatkan, mengirim, e-mel atau penghantaran sebarang kandungan yang tidak menuruti undang-undang, berbahaya, mengancam, menghina, mengganggu, memfitnah, mengasar, bersifat lucah, mengeji, menceroboh keperibadian pihak lain, membenci atau bersifat perkauman, etnik atau yang tidak disenangi.  
   
b)Tidak memuatkan, mengirim, e-mel atau penghantaran cara lain sebarang material yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk mengganggu, menghapus atau mengehadkan keberfungsian sebarang perisian atau perkakas komputer atau kelengkapan telekomunikasi.  
   
c)Tidak mengumpul atau menyimpan data peribadi pengguna lain.  
   
d)Tidak mencampur tangan atau mengganggu perkhidmatan atau rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan, dan menuruti sebarang syarat, prosedur, polisi atau rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan.